Peguam Syarie Afandi Dahari
12 May


Lafaz talak terbahagi kepada dua:

1- Talak Sorih

2- Talak Kinayah.
Talak Sorih membawa maksud "nyata" atau "jelas". iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan perkataan yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya, seperti perkataan "Talak" atau "Cerai".
Contoh lafaz yang Sorih:
• Aku ceraikan kau dengan talak satu

• Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau

• Hari ini aku ceraikan kau


 Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sorih" seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.
Sementara Talak Kinayah pula membawa maksud perkataan yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih pengertiannya. Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:
•Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau

• Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka

• Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi


Lafaz-lafaz seumpama ini termasuk dalam kategori Kinayah, jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya maka talak tidak jatuh, tetapi jika sebaliknya iaitu suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan perkataan ini, maka talak dikira jatuh.


Bagaimana pula talak melalui whatsapp, tulisan atau apa-apa di media sosial??

Menjawab soalan di atas talak atau apa-apa melalui tulisan di whatsapp, mesengger fb dll adalah dikategorikan di bawah talak  jenis kinayah yang memerlukan niat daripada si penghantar tersebut walaupun perkataan yang dihantar jelas dengan perkataan talak@cerai.


**Bagi pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah bagi mendapatkan pengesahannya. Begitu juga bagi pasangan yang ingin merujuk semula, mereka perlulah melaporkan perkara ini ke #MahkamahSyariah bagi mendapatkan nasihat selanjutnya.

Comments
* The email will not be published on the website.