Firma Afandi Dahari & Associates

Menyediakan Khidmat Nasihat Perundangan dan Guaman Syarie

ingin dapatkan nasihat guaman?
  
Whatsapp
Mengenai Firma Afandi Dahari & Associates
Firma Afandi Dahari & Associates adalah sebuah firma guaman syarie (peguam syarie) dibawah seliaan Tuan Mohamad Nor Afandi bin Dahari. Mempunyai Sijil Amalan Peguam Syarie bagi Negeri Pahang, Selangor, Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kelantan.

Kami berpengalaman dan komited dalam memberikan perkhidmatan guaman kepada masyarakat Islam khususnya di Negeri Pahang dan lain0lain negeri. Kami berpegang kepada prinsip integriti, amanah dan keadilan dalam setiap kes yang dikendalikan.

Kami membantu anak guam dalam pelbagai perkara yang melibatkan undang-undang syariah seperti:
  • Perceraian, fasakh, taklik dan khulu’
  • Tuntutan harta sepencarian dan mutaah
  • Tuntutan nafkah isteri dan anak
  • Pembahagian pusaka dan faraid
  • Hibah dan wasiat
  • Pengesahan nikah luar negara
  • Permohonan poligami
  • Lain-lain berkaitan dengan Mahkamah Syariah

Kami juga berusaha menjadi saluran utama kepada masyarakat untuk memahami hak dan tanggungjawab mereka di sisi undang-undang syariah. Dengan pengalaman, kepakaran dan semangat membantu sesama Muslim, kami yakin setiap kes dapat dikendalikan dengan penuh amanah dan profesional.

Sekiranya anda memerlukan bantuan atau rundingan, sila hubungi kami melalui borang atau nombor yang disediakan.

KHIDMAT NASIHAT

Kami peguam syariah/ peguam syarie juga memberikan khidmat nasihat berkaitan permasalahan keluarga atau berkaitan kes berdasarkan undang-undang dan hukum syarak.

KHIDMAT GUAMAN

Kami peguam syariah/ peguam syarie juga komited dalam memberikan perkhidmatan guaman syarie kepada anakguam merangkumi kes-kes di Mahkamah Syariah seperti perceraian, pengesahan nikah, tuntutan nafkah, mutaah, harta sepencarian, hak penjagaan, faraid, hibah dan lain-lain berkaitan.

PENYEDIAAN DOKUMEN

Peguam Syarie/ Peguam Syariah juga akan bantu sediakan Dokumen Mahkamah Syariah, Saman dan Penyata Tuntutan, Notis Pemohonan dan Afidavit Sokongan dan Lain-lain.

 
0
 
0
 
0

Artikel ini membincangkan situasi di mana seorang isteri boleh menuntut cerai fasakh di Mahkamah Syariah. Ia menjelaskan pelbagai alasan yang dinyatakan dalam undang-undang Syariah yang membolehkan seorang isteri memohon cerai fasakh, serta proses dan prosedur yang terlibat dalam kes-kes tersebut.

Read More  

Artikel ini memberikan panduan kepada isteri mengenai proses dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menuntut nafkah di Mahkamah Syariah. Ia juga menjelaskan hak-hak isteri berdasarkan undang-undang Islam dan bagaimana mereka boleh melindungi hak-hak tersebut.

Read More  
Anda menghadapi isu berkaitan undang-undang syarie?
Sila isi borang di bawah dan pihak kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.
*
*
*

Maklumat yang disediakan dalam laman web ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat undang-undang. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul akibat penggunaan atau pergantungan terhadap maklumat yang terdapat di sini. Untuk nasihat undang-undang yang tepat dan khusus, sila hubungi peguam kami secara langsung.